Penulisan Gary Vaynerchuk

Crush It!

Pada Mac 2009, Vaynerchuk menandatangani satu urus janji yang melibatkan 10 buah buku dengan HarperStudioyang bernilai lebih daripada $1,000,000 dan mengeluarkan buku pertama iaitu, Crush It! Why Now is the Time to Cash in on your Passion, pada Oktober 2009.[42]Dalam beberapa minggu pertama pengeluarannya, Crush It! mencapai tempat #1 dalam senarai Amazon Best Seller bagi buku Pemasaran Internet. Juga muncul di tempat kedua dalam senarai jualan terlaris New York Times Hardcover Advice dan dalam senarai jualan terlaris Wall Street Journal.[43]Crush It!dipaparkan dalam ReadWrite, CBS Newsdan Psychology Today.[44][45][46]Crush It!juga merupakan antara buku pertama yang dikeluarkan pada platform Vook.[47]

The Thank You Economy

Pada tahun 2011, buku kedua Vaynerchuk, The Thank You Economy menaiki tempat kedua dalam senarai jualan terlaris New York Times bagi buku berunsur nasihat berkulit keras. The Thank You Economy menerokai angka dan faktor lembut yang mendorong kejayaan hubungan antara perniagaan dan pengguna.[48]

Jab, Jab, Jab, Right-Hook

Pada tahun2013, Vaynerchuk mengeluarkan buku ketiganya, Jab, Jab, Jab, Right Hook: How to Tell Your Story in a Noisy Social World melalui penerbit Harper Business. Dengan menekankan pada kempen dan strategi yang berjaya dan juga yang gagal merentasi semua platform media sosial utama, buku ketiga Vaynerchuk menunjukkan strategi pemasaran dan taktik pemasaran media sosial yang perlu dielakkan atau digunakan oleh perniagaan,Jab, Jab, Jab, Right-Hook muncul buat kali pertama di kemuncak senarai buku perniagaan Wall Street Journal dan di kedudukan nombor empat dalam senarai terlaris New York Times bagi buku berunsur nasihat berkulit keras .[49][50]

AskGaryVee: One Entrepreneur's Take on Leadership, Social Media, and Self-Awareness

Pada bulan Mac 2016, Vaynerchuk mengeluarkan buku keempatnya, AskGaryVee: One Entrepreneur's Take on Leadership, Social Media, and Self-Awareness, di bawah penerbitan Harper Business, sebahagian daripada Harper Collins. Berdasarkan kepada siri YouTube Vaynerchuk, #AskGaryVee, Vaynerchuk telah menyusun soalan-soalan serta jawapan-jawapan dari rancangan YouTube beliau dalam sebuah novel yang berasaskan kategori-kategori termasuk kesedaran diri, keibubapaan dan kesibukan berniaga. #AskGaryVee menandakan buku keempat Vaynerchuk yang menjadi jualan terlaris diNew York Times.[49]

Rujukan

WikiPedia: Gary Vaynerchuk http://adage.com/article/agency-news/vimeo-vaynerm... http://adage.com/article/special-report-agency-ali... http://www.adweek.com/digital/gary-vaynerchuk-radi... http://www.adweek.com/lostremote/jesse-redniss-dav... http://www.bizjournals.com/newyork/news/2017/01/25... http://www.businessinsider.com/apples-planet-of-th... http://www.businessinsider.com/gary-vaynerchuk-is-... http://www.cbsnews.com/8301-505125_162-37441480/bo... http://www.cnbc.com/2016/03/29/cnbcs-follow-the-le... http://www.crainsnewyork.com/40under40/Vaynerchuk